Saturday 6 April 2013

andai dapat ku undurkan masa

apa yg paling ringan di dunia ni? ~meninggalkan solat~

apa yg paling jauh dari kita di dunia ni? ~masa lalu~

...bukan sekadar teka-teki ek, tapi tu 2 drpd 6 pesanan imam ghazali.

andai dpr sya undurkan masa, perkara utama sya nak buat adalah cukupkan solat 5 waktu sehari semalam pd usia yg lebih awal. seingat sya, sya start solat cukup masa belajar kat maktab perguruan perempuan melayu melaka. sebab ada rekod kedatangan. dan kekadang tu pengawas wat spot check. sesiapa yg pernah belajar kat sana memang tau la undang2 nie.

bukan mak bapak hantar pegi sekolah agama. bukan ustazah tak ajar. tapi dah memang malas dan takde kesedaran. sebab tu dulu sya solat ikut mood je. bukan ikut waktu. bila tahu azab meninggalkan solat, takut ooo.... sekali je miss solat subuh dosanya kena duk dlm neraka 60 ribu tahun. haish...hidup kat dunia nipon ntah2 belum sampai 60 tahun dah meninggal.

antara kenakalan sya masa budak2:

7 tahun : subuh2 buka paip bagi air mengalir. konon2 ambil wuduk. padahal sambung tido sebelah baldi.

8 tahun : pakai telekung duk atas sejadah je. bila mak mengintai cepat2 pura2 solat.

9 tahun :
m: sya dah zohor belum?
s: dah...
m: sya pakai telekung apa? mama basuh telekung sya tadi. ada lg kat ampaian.
s: ~malu wei...~

♥sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberikan ku hidayah, peluang dan umur untukku bertaubat ♥

1 comment:

  1. Semua insan ada kisah silamnya. Tapi tiada waktu yang terlewat untuk berubah. Moga terus istiqamah menjadi hamba yang solehah.

    ReplyDelete