Wednesday 10 April 2013

cakap siang pandang-pandang

abis kelas tadi sya masuk bilik guru. sedap je telinga ni dengar orang mengata

"bla bla bla...kak sya...bla bla..bla...kak sya...'

sya pun tanya APSAL?

"eh....(muka gelabah)...takde la...takde pape"
"mana boleh takde pape. akak dengar tadi korang sebut nama akak"

dan sorang yg tunjuk jujur ala2 gentlewoman pun mengaku
"kitorang kata...best la kak sya, dapat guru praktikum. diaorang kan ambil kelas maths akak. boleh la akak relax"

o..k...
dan datang la 4 org doktor muda tahun 4 datang mengadap.
sorang masuk bercerita bahasa inggeris.
3 orang masuk pertandingan buku skrap info kesihatan.

danea :teacher, saya dah hafal sampai mukasurat 16
sya : very good danea :) jom kita berlatih. adil, amanie, ayra sit sana dulu ek. Hmmm....X, Y, Z nak tolong budak2 ni buat scrap book tak?
XY : ala, ada kelas jap lagi.
Z : saya nak tanda buku.

rezeki masing2 la. time ni sya dapat guru praktikum untuk dibimbing. memang waktu mengajar sya berkurangan. tapi sya juga ada komitmen lain. nak karang teks cerita, sedaiakan murid bercerita, buat prop, cari bahan2 buku skrap, print gambar2, selak2 suratkhabar lama, semua tu pakai duit sendiri dulu. dah settle semua baru boleh kelim. tu pun sebulan baru dapat. bukan nak mengungkit, cuma nak lepas geram pada orang yang suka judge kita duk senang lenang bergoyang kaki sedangkan hakikatnya nak makan kat kantin pun tak sempat.

Moral of the story : hidup seperti ketulan ais. yg kelihatan sikit je. yang tersembunyi tu?




Saturday 6 April 2013

andai dapat ku undurkan masa

apa yg paling ringan di dunia ni? ~meninggalkan solat~

apa yg paling jauh dari kita di dunia ni? ~masa lalu~

...bukan sekadar teka-teki ek, tapi tu 2 drpd 6 pesanan imam ghazali.

andai dpr sya undurkan masa, perkara utama sya nak buat adalah cukupkan solat 5 waktu sehari semalam pd usia yg lebih awal. seingat sya, sya start solat cukup masa belajar kat maktab perguruan perempuan melayu melaka. sebab ada rekod kedatangan. dan kekadang tu pengawas wat spot check. sesiapa yg pernah belajar kat sana memang tau la undang2 nie.

bukan mak bapak hantar pegi sekolah agama. bukan ustazah tak ajar. tapi dah memang malas dan takde kesedaran. sebab tu dulu sya solat ikut mood je. bukan ikut waktu. bila tahu azab meninggalkan solat, takut ooo.... sekali je miss solat subuh dosanya kena duk dlm neraka 60 ribu tahun. haish...hidup kat dunia nipon ntah2 belum sampai 60 tahun dah meninggal.

antara kenakalan sya masa budak2:

7 tahun : subuh2 buka paip bagi air mengalir. konon2 ambil wuduk. padahal sambung tido sebelah baldi.

8 tahun : pakai telekung duk atas sejadah je. bila mak mengintai cepat2 pura2 solat.

9 tahun :
m: sya dah zohor belum?
s: dah...
m: sya pakai telekung apa? mama basuh telekung sya tadi. ada lg kat ampaian.
s: ~malu wei...~

♥sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberikan ku hidayah, peluang dan umur untukku bertaubat ♥

perempuan suka bila dapat bunga :D

last month berakhir la musim salji kat lubnan. musim bunga pun tiba. hubby sya send gambar bunga kat sya. bunga pertama yg hubby sya jumpa bila salji mencair. itu la juga bunga pertama yg dia beri kat sya wpun kami dah kenal 16 tahun..

s: thanks abg, cantik bunga ni :)
h: ni bunga pertama yg abg jumpa tau, nanti abg cari yg lg cantik.

*tak lama pastu*

s: syg suka yg ni. cantik sgt, warna merah. coraknya pun unik.

h: nah, abg bagi setaman utk syg.
s: terima kasih abg..
h: i love you so much.

walaupun hanya bunga dlm gambar tapi sya tahu dia ikhlas. dia berusaha mencari dlm cuaca yg masih sejuk. mungkin anak2 buah dia rasa pelik, mejar mereka yg garang merayau di padang tangkap gambar bunga. ia..hubby sya memang garang time kerja, tapi manja dia sya je boleh rasa. ngee...~ rahsia kita berdua ♥